ZE berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebagai pembekal/perkhidmatan dan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) kelas G3 selaku syarikat Bumiputera sejak dari awal penubuhan lagi. Ini melayakkan syarikat untuk menyertai dan melaksanakan sebutharga dan tender-tender kerajaan berkaitan. Sehingga hari ini, ZE masih terlibat untuk projek-projek daripada Kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan banyak lagi. Kebanyakan projek yang telah dan sedang dilaksanakan oleh ZE adalah secara Belian Terus kerana pelanggan sedia ada ZE mempunyai keyakinan yang amat tinggi terhadap kualiti serta jenama ZE sendiri!
Selain daripada itu, ZE mempunyai pelanggan (customer base) yang luas terdiri daripada persendirian, swasta serta syarikat berkaitan kerajaan.
Pembinaan & Kerja-Kerja Awam
|
Pengurusan Majlis
|
Pembekalan
|
Penjenamaan
|
ICT
|
Senibina Landskap
|